...my love...

Daisypath Anniversary tickers Lilypie First Birthday tickers

Tuesday, 1 April 2014

Tanamera - Postnatal



Firming Herbal Blend Paste / Tapel (Tanamera & Air Mancur )

Pes tradisional yang dirumuskan dengan campuran herba, digunakan untuk membantu
menguatkan dan menegangkan otot-otot perut dari bahagian dalam hingga ke bahagian
luar. Digunakan bersama dengan bengkung untuk kesan yang lebih baik.

Kebaikan :-

• Menguatkan dan menegangkan otot-otot perut.

• Mengurangkan air berlebihan dalam badan

• Menegangkan kulit perut yang kendur

• Merangsang pengaliran darah ke bahagian perut

• Mengurangkan cacat cela dan tompok-tompok gelap yang mungkin timbul pada perut.

Cara Pengunaan :-

• Campurkan 1 uncang serbuk dengan 4 sudu besar air panas dan digaul menjadi pes.

• Sapu sekata pada bahagian perut

• Tutup dengan sehelai kain yang nipis sebelum dibalut dengan bengkung. Dibalut sekurang-kurangnya             setengah hari.

• Bahan ini lebih sesuai digunakan selepas mandi dan mengurut

• Basuh pes selepas bengkung ditanggalkan.


Calming Herbal Blend Paste / Pilis ( Tanamera & Air Mancur)

Pes campuran tradisional yang mampu menyegarkan semula mata dan minda yang lesu akibat kekurangan tidur atau tekanan.

Kebaikannya :-

• Mengurangkan rasa mengantuk atau letih.

• Mengembalikan keseimbangan minda, menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketenangan.

• Mencegah / meredakan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian mata akibat kekurangan tidur.

• Menyegarkan minda

Cara Pengunaan :-

• Campurkan 1 sudu the air panas dalam 1 uncang serbuk, gaul hingga menjadi pes pekat

• Sapukan pada dahi dan gosok dengan tangan untuk mencapai kesan yang lebih memuaskan.

• Biarkan selama 60 minit dan kemudiannya bilas dengan air.

• Elakkan daripada terkena mata.

RM 36.00 (NEW)

No comments:

Post a Comment