Tuesday, 1 April 2014
Tanamera - Postnatal
Firming Herbal Blend Paste / Tapel (Tanamera & Air Mancur )
Pes tradisional yang dirumuskan dengan campuran herba, digunakan untuk membantu
menguatkan dan menegangkan otot-otot perut dari bahagian dalam hingga ke bahagian
luar. Digunakan bersama dengan bengkung untuk kesan yang lebih baik.
Kebaikan :-
• Menguatkan dan menegangkan otot-otot perut.
• Mengurangkan air berlebihan dalam badan
• Menegangkan kulit perut yang kendur
• Merangsang pengaliran darah ke bahagian perut
• Mengurangkan cacat cela dan tompok-tompok gelap yang mungkin timbul pada perut.
Cara Pengunaan :-
• Campurkan 1 uncang serbuk dengan 4 sudu besar air panas dan digaul menjadi pes.
• Sapu sekata pada bahagian perut
• Tutup dengan sehelai kain yang nipis sebelum dibalut dengan bengkung. Dibalut sekurang-kurangnya setengah hari.
• Bahan ini lebih sesuai digunakan selepas mandi dan mengurut
• Basuh pes selepas bengkung ditanggalkan.
Calming Herbal Blend Paste / Pilis ( Tanamera & Air Mancur)
Pes campuran tradisional yang mampu menyegarkan semula mata dan minda yang lesu akibat kekurangan tidur atau tekanan.
Kebaikannya :-
• Mengurangkan rasa mengantuk atau letih.
• Mengembalikan keseimbangan minda, menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketenangan.
• Mencegah / meredakan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian mata akibat kekurangan tidur.
• Menyegarkan minda
Cara Pengunaan :-
• Campurkan 1 sudu the air panas dalam 1 uncang serbuk, gaul hingga menjadi pes pekat
• Sapukan pada dahi dan gosok dengan tangan untuk mencapai kesan yang lebih memuaskan.
• Biarkan selama 60 minit dan kemudiannya bilas dengan air.
• Elakkan daripada terkena mata.
RM 36.00 (NEW)
Tanamera - Minyak Kelapa Dara
VCO telah digunakan berkurun-kurunole ibu-ibu mendung sebagai rawatan semula jadi untuk mengekalkan kegebuan kulit dan mencegah serta memudarkan tanda-tanda rekahan yang sedia wujud. VCO mengandungi asid lemak berantai sederhana yang unik dan mampu membakar lemak badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Ia berkesan untuk membantu mengurangkan berat badan, menurunkan paras kolesterol, membaiki keadaan kencing manis dan mengurangkan risiko diserang penyakit jantung.Manfaat utama VCO ialah ia kaya dengan antioksida yang mampu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas, termasuk kerosakan yang berpunca daripada haba dan persekitaran. Ia boleh digunakan sebelum bersalin umtuk mencegah pembentukan tanda rekahan dan juga selepas bersalin bagi memudarkan tanda rekahan yang sedia wujud. Sapuan dua kali sehari untuk kesan terbaik, sapu selepas mandi dan mengurut pada kulit yang basah.
Kebaikannya :-
• Terbukti mampu mencegah, mengurangkan dan memudarkan tanda-tanda rekahan
• Sapukan pada bahagian yang cenderung mendapat rekahan pada perut, paha, pinggul dan punggung.
• Kaya dengan antioksidan semula jadi
• Menanggalkan sel-sel kulit mati pada lapisan luar kulit.
• Berfungsi antiseptic dan melembapkan kdan kulit.
• Sangat berkesan untuk tumit yang rekah
• Membantu mengekalkan tisu-tisu penghubung yang kuat dan kenyal.
Cara Pengunaannya :-
• Sebelum Bersalin : Sapukan beberapa titik dan urut ke kawasan perut dan ke atas semua kawasan terdedah kepada rekahan di bahagian paha, pinggul dan punggung. Urut pada kawasan faraj untuk mengekalkan kulit yang kuat dan lembut dalam penyedian lahir.
• Selepas Bersalin : Urut pada kulit lembap untuk memudarkan tanda-tanda rekahan.Note: Pemendapan mungkin berlaku akibat proses pemisahan herba-herba semula jadi dan jika diletakkan di tempat sejuk dari 24°C. Simpan di tempat yang panas atau rendam dalam secawan air panas sebelum dipakai.
RM 34.00 (NEW)
RM 30.00 (USED-ONLY ONE TIME)
Subscribe to:
Posts (Atom)